Kepentingan Membaca dan Mewujudkan Perpustakaan Mini Dirumah

Kenapa saya suka membaca... Mungkin bagi sesetengah orang membaca ini macam memboringkan.. Jom saya share sedikit apa kepentingan membaca kepada kita semua:

1. Budaya membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada pada seseorang induvidu. Melalui pembacaan, kita akan mendapat pelbagai maklumat dan informasi yang menarik.

2. Melalui pembacaan akhbar, kita juga dapat mengetahui isu semasa. Kita akan memperoleh berita semasa seperti kejatuhan wang ringgit, kes lari dari rumah dalam kalangan pelajar sekolah dan perkembangan sukan tanah air. Perkara ini menjadikan kita sebagai masyarakat yang prihatin terhadap perkembangan negara.

3. Budaya membaca juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Tidak dinafikan bahawa ketika kita membaca, kita akan menjumpai perkataan yang tidak pernah kita lihat sebelum ini. Perkara ini akan membuatkan kita mencari definisinya untuk mengetahui maknanya dengan lebih lanjut.

4. Membaca dapat meluaskan skop pemikiran? Melalui pembacaan, sel-sel otak seseorang akan berhubung dan berkembang. Dengan ini, cara pemikiran seseorang individu akan berubah kepada yang lebih baik. Perihal ini dapat melahirkan golongan intelektual iaitu masyarakat yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif dalam setiap sudut kehidupan.  

Usaha-usaha untuk memupuk minat membaca seharusnya dirancang dan dibuat dengan bersungguh-sungguh. 
Janganlah hanya seperti melepaskan batuk di tangga. 
Budaya membaca seharusnya dijadikan demostrasi rakyat Malaysia supaya dapat diteladani oleh generasi akan datang. Ingatlah bahawa bangsa membaca, bangsa berjaya.

Perpustakaan Mini Di Rumah?? 

Anda minat membaca? Kalau jawapannya ya.. anda juga boleh menggalakkan minat semua ahli keluarga membaca. Bermula dari rumah dan seterusnya di mana sahaja.

Perpustakaan Mini di Rumah

1. Untuk galakkan semua ahli keluarga membaca
2. Membudayakan ilmu pengetahuan
3. Pemilihan ruang (bilik khas/ruang khas)
4. Bahan bacaan - majalah, buku cerita, biografi dll.
5. Peralatan sokongan - meja tulis, peralatan menulis, rak buku yang bersesuaian (buku mudah dicapai)
6. Suasana yang kondusif
7. Mendidik anak sejak usia 2 tahun untuk membaca.
8. Buku-buku berkaitan abjad, nombor, buku bergambar.
9. Kongsi masa bersama-sama membaca di bilik bacaan/ruang perpustakaan di rumah / di mana sahaja.
10. Sekurang-kurangnya 30 mint sehari.
11. Bagi yang Islam - membaca al-Quran setiap kali selepas solat.
12. Buku-buku rujukan agama, tafsir hadis dan sebaginya juga boleh ditempatkan di ruang bacaan.
13. Poster bergambar untuk membantu minat anak-anak belajar dan membaca.
14. Peruntukan kewangan setiap bulan (jika perlu) untuk menambah koleksi buku

Budaya membaca sejak kecil akan menggalakkan anak-anak terus membaca sehingga bila-bila tanpa jemu.

Saya juga pernah mendengar kata-kata ini..
"Jika mahu menulis sebuah buku, kita perlu membaca seribu buku."
"Lagi banyak yang kita baca, semakin banyak yang kita tidak tahu."

Semoga sikap dan tabiat membaca semakin subur dalam setiap rakyat Malaysia. 

 

2 comments:

  1. Bolehkah kamu BAGI syaa ulasan kelebihan perpustakan mini di rumah ....saya mahu ulasan it siap Hari Ini...kalau bolehlah

    ReplyDelete

Video Saya