![]() |
Muka depan dan belakang novel CURI-CURI CINTA |
Ini adalah salah satu novel yang saya paling minat.
Nama novel ni adalah CURI-CURI CINTA. Novel nie adalah hasil karya Siti Rosmizah. Keluaran SR Publication
Nama novel ni adalah CURI-CURI CINTA. Novel nie adalah hasil karya Siti Rosmizah. Keluaran SR Publication
Penulis ni adalah salah seorang penulis novel yang aku sangat minat. Setiap buku yang ditulis oleh penulis ni, alhamdullilah setakat hari ini semua aku dapat kumpul. Semua novel tulisan penulis ini memang sangat menyentuh hati.
![]() |
tebalkan... 1167 m/surat tau... |
Novel Curi-curi Cinta ni ada 1167 mukasurat kesemuanya..
Ermmmm.. Nampak sangat tebalkan. Tu yang mcm seram jer nak mula membaca...
Tapi, sebab kawan-kawan sepejabat kata jalan cerita novel ni sangat menarik dan sedih dan bila kawan-kawan cita..
errmm... novel nie lain dr yg lain...
Aku rasa aku harus baca jugak novel ni..
Pecah rekod aku sendiri, aku berjaya menghabiskan bacaan aku untuk novel Curi-curi Cinta ni yang ada 1167 mukasurat dalam masa sehari semalamlah jugak. Balik kerja jam 5 petang, aku selesaikan segala kerja dirumah. Selesai kerja dan masuk waktu rehat, aku memulakan bacaan pada jam 8.30 malam. Membaca tanpa henti sehingga jam 4.30 pagi hari seterusnya. Jujur aku katakan, novel ni memang best!!!
Jom saya review sedikit pasal novel ni..
😊😊😊😊
Masa Intan baru balik dari habis belajar di luar negara, dia tersuka dekat sepupu Peggy (Kawan Intan masa belajar di luar negara), Daniel. Daniel ni anak orang kaya dan itulah sebabnya kenapa Intan minat pada dia.
Daniel pulak dah ada teman wanita, Fariza yang juga merupakan sepupu kepada Intan.
Ketika menetap di kawasan setinggan tersebut, Intan mula rapat dengan jiran sebelah rumah mereka, Abg Bad. Daniel bengang dan marah sangat apabila Intan mula rapat dengan Abg Bad. Tetapi, dari situ Intan mula sedar dan insaf. Intan dan Daniel pun mula sayang masing-masing.
Kemesraan antara mereka baru berputik, tiba-tiba satu rahsia terbongkar. Daniel mengamuk tapi Intan tidak bersalah dalam hal tersebut. Intan berubaj dan mula memakai tudung tetapi Daniel masih tidak percaya Intan sudah berubah. Ego Daniel mengatasi cinta. Semua perkara yang dilakukan Intan salah dimata Daniel.
😍😍😍😍😍😍
Intan Raihana seorang gadis yang sombong dan
angkuh. Kerana mengejar harta dan kekayaan dia sanggup buang emak, buang
saudara. Visi di atur, Daniel Hakim harus menjadi miliknya walau apa pun yang
terjadi. Daniel Hakim begitu membenci gadis ini. Namun perancangan Tuhan tiada
siapa yang dapat melawannya. Daniel Hakim terpaksa menikahi gadis yang amat di
benci ini bersama dengan dendam yang berlingkar di hati.
Intan adalah watak utama dalam novel nie. Dia
nie seorang anak yatim. Dia ada mak yang buta dan abang Iskandar yang sangat
baik, serius dan baik sangat-sangat. Tapi Intan seorang yang sangat kurang
ajar. Tambahan pula Intan mempunyai watak yang materialistik. Dia malu nak
mengaku yang dia ni adalah anak orang miskin, ada mak buta, abang yang hanya
bekerja sebagai pemandu. Jadi, dia selalu menipu kononnya dia ini adalah anak
orang kaya dan macam-macam lagi.
Masa Intan baru balik dari habis belajar di luar negara, dia tersuka dekat sepupu Peggy (Kawan Intan masa belajar di luar negara), Daniel. Daniel ni anak orang kaya dan itulah sebabnya kenapa Intan minat pada dia.
Daniel pulak dah ada teman wanita, Fariza yang juga merupakan sepupu kepada Intan.
Intan beria nak dapatkan Daniel melalui Abg Is.
Intan mendapat kerja sebagai setiausaha sementara kepada Daniel. Intan sangat
suka apabila dia mendapat pekerjaan tu tetapi Daniel memang tak suka dari awal
dengan Intan Raihana. Tetapi, disebabkan satu perkara, Intan dan Daniel telah
menjadi mangsa keadaan dimana mereka terpaksa berkahwin. Intan adalah orang
yang paling gembira dengan perkahwinan tersebut sebab cita-citanya tercapai.
Tetapi, Daniel pula bersedih sebab terpaksa berpisah dengan Fariza. Disebalik
kesedihan itu, Daniel merancang sesuatu untuk menyedarkan Intan.
Selepas selesai majlis perkahwinan, Daniel
membawa Intan pindah dan tinggal di rumah yang sangat daif. Konon-kononya dia
ingin memulakan hidup baru tanpa harta papa dia (Kebetulan Daniel memang ada
krisis dengan papa dia). Intan naik angin sebab dia berharap akan hidup senang
selepas kahwin dengan Daniel. Dia terpaksa berkerja sebagai pencuci jamban bagi
menampung perbelanjaan mereka berdua.
Ketika menetap di kawasan setinggan tersebut, Intan mula rapat dengan jiran sebelah rumah mereka, Abg Bad. Daniel bengang dan marah sangat apabila Intan mula rapat dengan Abg Bad. Tetapi, dari situ Intan mula sedar dan insaf. Intan dan Daniel pun mula sayang masing-masing.
Kemesraan antara mereka baru berputik, tiba-tiba satu rahsia terbongkar. Daniel mengamuk tapi Intan tidak bersalah dalam hal tersebut. Intan berubaj dan mula memakai tudung tetapi Daniel masih tidak percaya Intan sudah berubah. Ego Daniel mengatasi cinta. Semua perkara yang dilakukan Intan salah dimata Daniel.
Daniel menyimpan dendam terhadap Intan. Intan
telah menerima padah. Walaupun dalam keadaan berbadan dua, Intan terpaksa
bekerja demi sebidang tanah pusaka abah Intan dan demi mendapatkan kemaafan
daripada mak dan Abg Is. Intan berkorban. Intan bertekad tidak akan menerima
Daniel kembali dalam hidup dia walau apa pun yang terjadi.
Daniel mula rasa berbelah bagi samada dia perlu
memilih Intan atau Fariza.
Sebenarnya, cerita ni banyak sangat konflik. Kira agak berat jugak. Tapi, jalan
cerita dan penulisan yang sangat menarik. Bila korang dah mula baca, nak terus
membaca dan membaca sebab korang akan tak sabar nak tau apa yang berlaku dan
apa kesudahan cerita novel nie.
BAGAIMANA NASIB INTAN SELEPAS DIA MELAHIRKAN
ANAK DIA?
ADAKAH DANIEL KEMBALI KEPADA INTAN?
DAPATKAH INTAN MENERIMA DAN MEMAAFKAN DANIEL
KALAU DIA KEMBALI?
Kalau nak tahu, korang memang kena baca nocel
Curi-Curi Cinta nie.
Walaupun sangat TEBAL, tapi sangat-sangat
berbaloi dan sangat menarik
😍😍😍😍😍😍
No comments:
Post a Comment