Tahniah
kepada sahabat yang suka membaca,tidak kiralah apa jenis buku yang sahabat
baca.Selagi ada daya dan masa membacalah,tiada kerugian walau satu saat pun
jika apa yang kita baca boleh membawa kita ke arah yang lebih maju dan
bertamadun.Banyak jenis buku yang boleh dihadam.Ada buku ilmiah,buku
motivasi,buku ekonomi,buku teknologi,Koleksi Cerpen dan macam-macam lagi,malah
novel pun ada.
Bagaimana
dengan novel?.Tentu ada yang sama minat dengan saya kan. Banyak kumpul novel hingga
berrak-rak,syabas dan tahniah. Minat yang sangat bagus dan mengujakan.
Awak baca Novel?.
Ya..saya
memang pembaca tegar novel. Setakat ni ada 1250 buah koleksi novel dari pelbagai penulis. Dengan
membaca novel, saya dapat
merehatkan minda, bahan yang boleh memotivasikan diri. Ya novel juga boleh
mendatangkan motivasi diri, ikut cerita dan mesej apa yang mahu di sampaikan
oleh penulis kepada pembacanya.
Menyeronokan membaca novel?
membaca
novel sangat menyeronokan itu pada pandangan saya. Bila saya membaca novel saya akan
masuk kedalam novel itu,seolah-olah saya sebahagian dari watak yang ada dalam
novel itu. Imaginasi, khayal dan ghairah untuk mengetahui babak-babak seterusnya
kadang-kadang menguasai ketika membaca novel, mahu tahu lebih cepat apa babak
seterusnya.
Namun
bergantung kepada masa yang ada pada kita.Mana tidaknya,tengah syok dan seronok
mahu membaca bab seterusnya si anak menangislah pula mahu susu dan macam-macam lagi. Itu gangguan dalam membaca
novel. Tidak sama dengan menonton TV atau wayang, tengah seronoknya, iklan
pula,betul-betul potong stim.
Jenis Novel?.
Macam-macam
jenis novel ada di pasaran,ada
cinta,kekeluargaan,seram,jenayah,thriller,politik,novel Islami,novel
remaja,novel kanak-kanak,motivasi,satira dan banyak lagi.Jika diikutkan
citarasa saya tentang baca novel sebenarnya saya tidak memilih jenis
novel,namun bila saya pilih punya pilih bila ke kedai buku,saya lebih terpilih
novel percintaan dan thriller.
Secara
ikhlasnya itulah setakat ini yang saya minati.Sebenarnya banyak lagi
penulis-penulis hebat yang perlu di minati penulisannya seperti sasterawan
hebat A.Samad.Said dan sasterawan hebat Negara yang lain-lainnya.Sudah pastinya
mereka inilah yang menjadi idola dan contoh bagi penulis-penulis baru.Juga
peminat dan pencinta buku.
Bila Masa Beli Novel
Novel yang saya
miliki kebanyakannya dibeli di atas talian samaada melalui facebook dan instagram, ataupun saya akan terus ke kedai buku seperti POPULAR. Bila ke kedai buku memang suka saya membelek-belek novel-novel yang
pelbagai tajuk dan tebal-tebal pula. Rasa teruja melihat novel yang tebal
itu. Dalam fikiran,macam manalah penulis ini boleh menulis novel setebal itu.Memang
hebat mereka. Dan yang paling seronoknya bila dah masuk kedai buku nie, saya pernah menghabiskan masa sehingga 3 jam hanya untuk memilih novel-novel kegemaran.
Apa
pun jenis buku yang kita baca.Ia nya akan mampu membuka minda kita agar lebih
kreatif dan inovatif.Perkembangan ilmu kita bertambah dan semangat untuk
menjadikan pembacaan sebagai budaya hidup akan terus sebati dalam
diri. Masyarakat akan lebih unggul dan tamadun akan lebih tinggi kesan dari pembacaan.
Justeru
itu,marilah semarakan budaya membaca dalam masyarakat kita.
Jom Membaca...!
No comments:
Post a Comment