Bertemu lagi... Entri kali ni saya nak kongsi tentang drama bersiri adaptasi dari sebuah novel. Drama yang saya maksudkan adalah "Kan Kukejar Cinta Kamu" yang merupakan drama bersiri tahun 2018 adaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari arahab Yusry Abdul Halim. Drama yang mempunyai 28 episod tersebut ditayangkan di Astro Ria melalui Slot MegaDrama bermula pada 17 Disember 2018.
Antara pelakon dalam drama tersebut adalah Amyra Rosli sebagai Alma Hakim, Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan, Delimawati sebagai Nek Bonda, Hafidz Roshdi sebagai Huzail, Elya, Miera sebagai Dilaila, Syamim Farid sebagai Kalsom, Doria Rachel Jolly sebagai Adelea, Natasya,, Mahyan sebagai Marlisa, Mia Nasir sebagai Qistina, Safwan Nazri sebagai Faris, Shah Hazvee sebagai Raid, Hafizuddin Fadzil sebagai Datuk Seri Hakim, Zarynn Min sebagai Datin Seri Dhiya, Mahmud Alibashah sebagai Muzzamil, Rosnah Johari sebagai Nazurah dan RJ sebagai Zack.
SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMUAlma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.
Watak utama yang dibintangi Amyra Rosli dan Fendy Bakry untuk drama adaptasi daripada novel ni membuatkan saya rasa teruja untuk menonton drama ni dari awal sehingga ke episod akhir. Sebagaimana reaksi dan perasaan saya ketika membaca novel, keadaan yang sama juga saya alami ketika layan drama bersiri ini. Disebabkan saya sudah mengetahui terlebih dahulu jalan cerita ini melalui bacaan saya pada novel ini, jadi setiap jalan cerita dalam drama tersebut saya faham dan mampu untuk saya fahami. Jujur saya katakan, novel ini sangat menarik sama seperti menariknya jalan cerita drama tv tu... Saya sangat suka novel ni. Hero dan heroin nya bukan la 100% perfect seperti dalam novel - novel lain. Masing-masing ada kelebihan keburukan. Novel ni sangat sesuai untuk yang baru kahwin....
Okey... Sampai disini saja.. Bersua lagi dientri saya yang lain....
No comments:
Post a Comment