Thursday, July 4, 2019

Antara Penulis Kegemaran

Penulis Yang Di minati?.

Siapa pun bila di tanya tentang penulis novel yang di minati,mereka ada minat tersendiri. Mungkin ada yang minat orangnya,minat cara penulisannya dan pelbagai jenis minat yang ada pada diri setiap peminat kepada penulis novel yang di minatinya.
Dalam banyak-banyak penulis novel di Malaysia, saya ada beberapa orang penulis yang memang saya tak akan pernah ketinggalan untuk dapatkan novel-novel karya mereka.

Antara penulis kegemaran saya dan yang sentiasa mendapat tempat dalam hati saya adalah:-

a) Acik Lana.
- Hampir kesemua novel penulis ini saya kumpul. Dalam banyak-banyak novel karya penulis ni, ada tiga novel dia yang saya sangat minat dan sanggup baca sampai berulang kali. Novel-novel tersebut adalah "Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC)", "Aku Buka Mistress" dan "Maaf Jika Aku Tak Sempurna". Tapi sejujurnya, semua novel karya penulis ni memang sangat menarik.

b) Siti Rosmizah
- Penulis ni menghasilkan karya yang mampu membuat saya sampai bengkak mata menangis membaca novel dia. Kesemua novel karya penulis ni tak ada yang tak membuat pembaca dia termasuklah saya sendiri menangis teresak-esak. Setiap novel karya penulis ni, jalan cerita dia sangat menarik dan bukan hanya berkisar tentang cinta. Tak payah baca buku lain dulu kalau nak kenal penulis nie. Baca jer novel "Curi-curi Cinta" atau "Takdir Itu Milikku"..  

c) Ramlee Awang Mursyid
- Penulis ini digelar penulis Thriller No. 1 di Malaysia. Tak semua novel penulis ni saya ada simpan sebagai koleksi. Antara novel karya penulis ni yang berjaya menarik perhatian saya adalah "Tombirou Terakhir", "Cinta Sang Ratu", "Igauan Maut", "Hijab Sang Pecinta" dan "Aku Bercerita". Nie adalah antara koleksi novel penulis ini saya seringkali di ulang baca oleh saya.

d) Ameera Ameer 
- Kebanyakan novel-novel karya penulis ni jenis santai-santai. Setakat hari nie, saya dah dapat 8 novel karya daripada penulis nie...

Sebenarnya, banyak lagi penulis-penulis lain yang berjaya menjadi penulisan kegemaran saya. Nanti-nantilah saya kongsi-kongsikan.

Sampai bertemu lagi... 😉😉😉

No comments:

Post a Comment

Video Saya