Friday, June 21, 2019
Kenapa saya suka membaca novel????
“Awak suka baca novel? Mesti awak ni sensitif orangnya kan?”
“Setahu saya, orang yang suka baca novel ni jiwang!”
“Hoi, jiwang gila kau ni baca novel!”
Itu adalah beberapa ayat yang saya masih ingat apabila saya memberitahu seseorang yang saya suka membaca atau dilihat sedang membaca novel. Adakah saya seorang yang sensitif? Adakah saya ini jiwang? Jawapannya tidak sama sekali. Saya tidak jiwang mahupun sensitif. Cuma saya minat membaca. Jadi apa salahnya jika saya membaca novel?
Minat membaca saya berputik sejak dari kecil lagi. Ketika itu, saya mula gemar membaca buku cerita-cerita pendek yang banyak terdapat di rumah. Walaupun hanya sekadar suka-suka dan terpengaruh dengan ilustrasi-ilustrasi yang dilakar dalam buku tersebut, tapi di situlah bermulanya titik tolak minat saya dalam dunia pembacaan ini.
Ketika masuk ke sekolah rendah, saya sudah mula rajin membaca. Saya sering meminjam buku cerita dari kakak saya untuk dibaca selain dari ke pusat sumber untuk meminjam buku. Ketika itu, saya juga ada mencuri keluar buku-buku yang saya suka dari pusat sumber sekolah. Maklumlah,saya hanya boleh meminjam dua buah buku sahaja seminggu. Bagi saya, dua buah buku tidak mencukupi. Saya boleh menghabiskan kedua-duanya dalam masa sehari sahaja, jadi membawa keluar tiga atau empat buah buku sudah memadai untuk seminggu pembacaan di rumah atau sekolah.
Mendiang ayah turut memahami minat saya. Seringkali saya meminta ayah membawa saya ke kedai buku. Kadangkala saya mengikut ayah pergi berkerja pada waktu petang dan ayah menghantar saya ke kedai buku untuk memilih bahan bacaan. Selepas ayah pulang dari pejabat, ayah akan menjemput saya dan membayar untuk buku-buku yang saya pilih. Terima kasih ayah.. Buku-buku yang ayah belikan masih lagi saya simpan di rak buku. Meskipun sudah agak lama, kadang-kadang saya masih lagi mengulang baca ceritanya. Cerita zaman kanak-kanak, pastinya penuh dengan fantasi dan pengembaraan yang tak terhingga.
Masuk ke sekolah menengah, bahan bacaan saya semakin berkembang. Ketika itu saya mula membaca novel-novel percintaan terbitan Alaf 21. Gilanya saya membaca sehinggakan saya boleh menghabiskan buku 300-500 mukasurat dalam masa hanya sehari. Membaca ini seolah-olah meletakkan saya berada dalam alam novel tersebut. Seolah-olah saya sedang memerhati setiap perlakuan dan mendengar setiap perbualan yang ditulis. Menakjubkan bukan??.. Membaca novel dapat meletakkan kita dalam satu daerah misteri yang sukar untuk diungkapkan melainkan kita membacanya sendiri.
Teringat juga di waktu Ibu memuji saya dihadapan adik beradik yang lain. Dalam banyak-banyak anaknya, saya seoranglah yang paling rajin membaca. Apa tidaknya, setiap kali hendak makan, tabiat saya adalah untuk mendapatkan sesuatu untuk dibaca. Tak kira lah buku cerita, majalah-majalah komik mahupun suratkhabar lama. Saya mesti ada sesuatu untuk dibaca ketika makan. Timbul kepuasan apabila saya makan sambil membaca. Anda seorang perokok? Apakah rasanya merokok sejurus selepas makan? Itulah yang saya rasa apabila membaca sambil makan.
Kini, semenjak dah ada pendapatan sendiri, minat membaca seterusnya mengumpul koleksi novel semakin menjadi-jadi. Saya sanggup berbelanja sehingga Rm300-Rm500 sebulan hanya untuk membeli novel-novel yang diminati. Mungkin bagi sesetengah orang, hobi saya ni adalah hobi membazir tetapi bagi saya membaca dapat memberi ketenangan kepada saya. Inilah kehidupan saya dengan hobi membaca dan mengumpul novel.
PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA (PYPAC)-ACIK LANA
Saja nak share sikit pasal astu bukur karya penulis ACIK LANA nie. Nama novel tu orang kebanyakan panggil PYPAC atau nama panjang dia Perempuan Yang Paling Aku Cinta. Novel ni adalah keluaran "Limited Edition" daripada Acik Lana. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, saya terlepas untuk menjadi pembeli terawal buku ni. Saya sanggup cari dalam talian samada ada yang nak lepaskan koleksi mereka.
Saya ada terjumpa seseorang yang nak lepaskan koleksi PYPAC dia dengan harga RM250. Sedangkan harga asal buku tu adalah RM33. Saya mula membuat penawaran harga daripada orang ni sampailah saya dapat harga yang agak rendah daripada harga mula-mula tadi. Tanpa berfikit panjang saya pun beli koleksi kakak ni dengan harga RM125. Yang penting saya dapat.
Inilah rupa novel yang menjadi kegilaan pembaca novel seperti saya. Kom saya review sikit jalan cerita novel nie.
Bunga : Melalui
kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi
seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja,
dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan
jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali
keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.
Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.
“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga
“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.

Nak tahu betapa menariknya jalan cerita novel PYPAC nie, jomlah membaca bersama saya.
Profail Saya
No. Matrik : 266226
Nama Asal : LAURA JAMES IMUS
Nama Panggilan : LAURA
Asal : DALAT, SARAWAK
Tarikh Lahir : 19 SEPTEMBER1985
Tempat Kelahiran : KANOWIT, SARAWAK
Bangsa : MELANAU
Pekerjaan : Pembantu Pentadbir Tanah
Tempat Bertugas : JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN MUKAH, TINGKAT 5,
MENARA PEHIN SETIA RAJA MUKAH
Sedikit tentang diri saya: 😊
Saya
adalah anak keempat daripada enam orang adik beradik dan merupakan anak
bongsu perempuan. Saya mula bertugas di Jabatan Tanah dan Survei Mukah
pada November 2004. Alhamdullilah masih bertahan di stesen yang sama
hingga ke hari ini.
Saya
sudah berumah tangga sejak Disember 2005 dan sudah dikurniakan cahaya
mata seramai 3 orang, dua lelaki dan seorang perempuan..
Alhamdullilah... Anak-anak dah besar semua. Paling bongsu sekarang dah
berumur 7 tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Nama : NUR HAZIATUL AZFA ABDULLAH No. Matrik : 266226 Nama Asal : LAURA JAMES IMUS Nama Panggilan : LAURA Asal : DALAT, S...
-
Saja nak share sikit pasal astu bukur karya penulis ACIK LANA nie. Nama novel tu orang kebanyakan panggil PYPAC a...
-
“Awak suka baca novel? Mesti awak ni sensitif orangnya kan?” “Seta...