Setiap apa yang ingin anda lakukan, perlukan perancangan. Jika tidak
bertulis, sekurang-kurangnya perancangan yang anda buat itu disimpan di
dalam otak anda.
Otak merupakan satu organ yang sangat istimewa. Anda boleh melakukan
apa sahaja dengan otak. Ianya bukan sahaja untuk menyimpan memori, malah
anda juga boleh menjadikan sesuatu perkara itu menjadi satu realiti.
Berbalik kepada topik kita tadi, anda perlukan perancangan dalam
setiap aktiviti yang ingin anda lakukan. Tetapi, adakah anda hanya
pandai merancang sahaja? Bagaimana pula dari segi pelaksanaan? Adakah
anda melaksanakan setiap apa yang telah anda rancangkan tadi?
Walaupun anda mempunyai perancangan yang baik, tetapi jika anda tidak
laksanakan, segala-galanya akan menjadi sia-sia. Anda hanya membazir
masa sahaja. Tidakkah ianya merugikan?
Jangan hanya merancang, tetapi laksanakan!
Saya mempunyai banyak perancangan yang ingin saya laksanakan.
Namun begitu, tidak semua perancangan saya ini dapat dilaksanakan
dalam masa yang sama. Saya perlu melaksanakan perancangan saya ini
secara berperingkat-peringkat. Selepas berjaya laksanakan satu perkara,
barulah saya akan laksanakan perkara yang berikutnya.
Jika anda hebat, anda boleh laksanakan kesemua perancangan anda
sekaligus.
Perancangan Untuk "Perpustakaan Mini Mama"
Sebenarnya saya punya perancangan jangka panjang untuk perpustakaan mini dirumah. In sha allah, kalau ada rezeki saya nak buat pembaharuan dan penambahbaikan untuk perpustakaan mini saya. saya tertarik dengan satu idea di internet.
Cantikkan???... Sebenarnya saya baru dalam perancangan awal untuk mewujudkan perpustakaan seperti ini. Memang memerlukan belanja dan idea yang besar. Saya akan ikhtiarkan dan saya akan pastikan perpustakaan mini dirumah sebegini saya akan bina di rumah saya suatu hari kelak. Secara tidak langsung, perpustakaan sedia ada yang saya ada sekarang akan bertukar wajah... In sha allah....

No comments:
Post a Comment