Tajuk
entry kali ini adalah mengenai perpustakaan kecil saya atau lebih manis
disebut "Perpustakaan Mini Mama". Saya tempatkan ruang perpustakaan
mini saya ini di
tingkat atas.
Ini
adalah sebahagian daripada ruang perpustakaan mini saya. Semenjak
mendirikan rumah tangga, suami saya menyediakan satu ruang dan kabinet
khas bagi menempatkan koleksi-koleksi buku serta novel saya supaya tidak
berselerak..
Sebelum
bercerita lebih panjang, saja saya nak berkongsi, kebanyakan koleksi
buku dan novel-novel yang saya baca adalah berkisah tentang percintaan.
Tak tahulah kenapa... Apabila dengan membaca buku-buku novel percintaan
nie, saya rasa macam seronok sangat. Jadi, 98% daripada novel yang ada
di perpustakaan mini saya memang novel-novel cinta..
Di
ruangan "Perpustakaan Mini Mama" milik saya ni ada terdapat pelbagai
jenis buku. Selain dari novel bahasa melayu, saya juga ada menyimpan
beberapa buku dalam bahasa Inggeris. Gambar untuk koleksi buku-buku
bahasa Inggeris saya adalah seperti yang saya tunjukkan ni...
Seterusnya
dekat bawah ni adalah antara novel-novel terawal yang saya mula kumpul
dulu... Sampai ada yang hilang kulit muka depan dah. Mana taknya, bila
anak-anak dah pandai ambil keluar buku-buku dari rak. Sampai lunyai buku
saya dikerjakan oleh anak-anak.. 😂😂😂😂
Jadi, begitulah sebahagian kecil
daripada jumlah sebenar buku/novel dan majalah yang terdapat di
perpustakaan rumah saya. Kalau nak dikira memang terlalu banyak.
Kalau ditanya apakah perasaan saya terhadap koleksi buku-buku ini, jawapan saya ialah terlalu sayang.
Oklah, harap-harap kau tak boring dengan
entry kali ni. Sebab saya sendiri pun dah rasa pening bila menulis
pasal buku. Maklumlah orang tak suka buku..
Sampai bertemu lagi..
No comments:
Post a Comment