Friday, July 12, 2019
Monday, July 8, 2019
Sebab Kenapa Novel Bagus Untuk Kita
Suatu ketika dahulu, saya rajin membaca
buku yang bersifat penceritaan. Namun, ketika lambakan novel cinta
picisan memenuhi imej novel Melayu, saya jadi skeptik dengan novel tanpa
saya sedari. Akibatnya, saya semakin jauh dengan amalan membaca novel. Jadi, apabila saya terbaca semula novel
setelah agak berdekad meninggalkannya, secara spesifiknya novel
‘Pemburu’ oleh Hilal Asyraf, saya tersedar sesuatu tentang kelebihan
membaca novel dan saya ingin kongsikannya dengan anda semua.
1. Penceritaan Meningkatkan Minat Pembaca
Novel yang mempunyai plot
dan cerita yang menarik dan ada elemen kejutan didalamnya mampu membuat
pembaca ingin tahu dengan lebih mendalam tentang isi buku itu. Buku yang
berbentuk cerita secara tidak langsung membuatkan orang lebih rasa
keseronokan membaca, seterusnya lebih suka membaca. Saya secara peribadi dapat rasa saya
lebih lancar membaca apabila membaca novel berbanding membaca buku-buku
ilmiah. Bukanlah nak ajak kurangkan baca buku ilmiah. Tapi andai kita
sedang down dalam membaca, novel boleh menjadi sesuatu yang membuat kita
bermotivasi semula untuk membaca.
2. Manusia Mudah Belajar Melalui Cerita
Banyak buku yang mempunyai idea dan mesej
yang hebat. Tetapi adakah ia mampu digarap sepenuhnya oleh pembaca?
Saya tidak pasti dari mana saya pernah dengar sebuah kata-kata, bahawa
manusia berubah bukan kerana lambakan maklumat dan ilmu, tetapi kerana
cerita yang menyentuh qalbu. Contoh mudah, jika kita membaca tentang
topik ikhlas yang hanya membincangkan tentang maksud ikhlas dan
cara-cara untuk memperoleh keikhlasan, kita mungkin dapat memahami
konsep keikhlasan. Tetapi cerita yang menonjolkan perbuatan ikhlas itu
yang akan dapat membantu kita menghayati nilai keikhlasan.
3. Mendidik Kita Lebih Empati Terhadap Manusia
Di dalam novel, selalunya akan dicipta
pelbagai watak manusia, dan kesemua mereka mempunyai ujian dan cabaran
masing-masing. Biasanya penulis akan membawa pembaca ke dalam dunia
watak-watak itu dan menunjukkan pergelutan yang mereka lalui secara
dekat. Dengan
melihat kehidupan manusia secara dekat, kita mampu merasakan lebih
empati pada manusia, terutama yang kurang bernasib baik berbanding kita.
Ini secara tidak langsung membuat kita berusaha dengan lebih baik untuk
memahami keadaan manusia dan akan cuba untuk memandang mereka dengan
pandangan cinta sakti, bukannya pandangan haters sejati.
4. Membantu Menghadapi Cabaran Hidup
Seperti yang disebut tadi, di dalam novel
kita dapat melihat pergelutan hidup dalam diri manusia. Tak kira apa
pun pergelutannya, pasti kita dapat mengaitkan serba sedikit dengan
kehidupan kita. Apabila membaca tentang bagaimana watak-watak di dalam
itu menghadapi cabaran hidup masing-masing, kita mungkin boleh mendapat
ilham bagaimana untuk menyelusuri cabaran hidup kita pula.
Watak di dalam novel itu mungkin tak
mempunyai kehidupan yang sama dengan kita, tapi keazaman dan kesungguhan
yang ditonjolkan oleh watak itu dalam melakukan perubahan pasti
dapat kita ambil sebagai sumber inspirasi dalam hidup kita.
5. Membantu Kita Memahami Diri
Ketika membaca novel, akan banyak
pergelutan ideologi dan perasaan yang bermain dalam diri kita. Tak usah
takut. Tapi jadikanlah ia sebagai satu jalan untuk kita lebih memahami
perasaan dan fikiran kita. Seterusnya mengatur semula fikiran, perasaan,
dan kehidupan ke arah yang lebih baik. Mungkin kita tak dapat terus
amalkan pengajaran dalam novel yang kita baca. Tapi suatu hari nanti
pasti pengajaran itu berguna dalam hidup kita.
Perancangan Baru Untuk "Perpustakaan Mini Mama"
Setiap apa yang ingin anda lakukan, perlukan perancangan. Jika tidak
bertulis, sekurang-kurangnya perancangan yang anda buat itu disimpan di
dalam otak anda.
Otak merupakan satu organ yang sangat istimewa. Anda boleh melakukan
apa sahaja dengan otak. Ianya bukan sahaja untuk menyimpan memori, malah
anda juga boleh menjadikan sesuatu perkara itu menjadi satu realiti.
Berbalik kepada topik kita tadi, anda perlukan perancangan dalam
setiap aktiviti yang ingin anda lakukan. Tetapi, adakah anda hanya
pandai merancang sahaja? Bagaimana pula dari segi pelaksanaan? Adakah
anda melaksanakan setiap apa yang telah anda rancangkan tadi?
Walaupun anda mempunyai perancangan yang baik, tetapi jika anda tidak
laksanakan, segala-galanya akan menjadi sia-sia. Anda hanya membazir
masa sahaja. Tidakkah ianya merugikan?
Jangan hanya merancang, tetapi laksanakan!
Saya mempunyai banyak perancangan yang ingin saya laksanakan.
Namun begitu, tidak semua perancangan saya ini dapat dilaksanakan
dalam masa yang sama. Saya perlu melaksanakan perancangan saya ini
secara berperingkat-peringkat. Selepas berjaya laksanakan satu perkara,
barulah saya akan laksanakan perkara yang berikutnya.
Jika anda hebat, anda boleh laksanakan kesemua perancangan anda
sekaligus.
Perancangan Untuk "Perpustakaan Mini Mama"
Sebenarnya saya punya perancangan jangka panjang untuk perpustakaan mini dirumah. In sha allah, kalau ada rezeki saya nak buat pembaharuan dan penambahbaikan untuk perpustakaan mini saya. saya tertarik dengan satu idea di internet.
Cantikkan???... Sebenarnya saya baru dalam perancangan awal untuk mewujudkan perpustakaan seperti ini. Memang memerlukan belanja dan idea yang besar. Saya akan ikhtiarkan dan saya akan pastikan perpustakaan mini dirumah sebegini saya akan bina di rumah saya suatu hari kelak. Secara tidak langsung, perpustakaan sedia ada yang saya ada sekarang akan bertukar wajah... In sha allah....

Sunday, July 7, 2019
Part Of My Collection
Assalamualaikum..
Entri kali ni saya nak kongsikan 50% daripada koleksi buku-buku yang saya kumpul setakat awal tahun 2019.... Disebabkan kesibukkan belajar, tahun 2019 saya ada lambat sikit nak beli koleksi buku-buku baru. In sha allah.. Tengoklah 2 3 bulan lepas ni, saya jalan- jalan dan meronda kedai buku Popular di Sibu, cari mana-mana buku yang saya dah terlepas... Ni adalah sebahagian daripada koleksi yang ada dalam simpanan saya...
Sampai disini dulu... Jumpa saya dientri yang seterusnya.. Selamat malam...
Perpustakaan Mini Mama
Tajuk
entry kali ini adalah mengenai perpustakaan kecil saya atau lebih manis
disebut "Perpustakaan Mini Mama". Saya tempatkan ruang perpustakaan
mini saya ini di
tingkat atas.
Ini
adalah sebahagian daripada ruang perpustakaan mini saya. Semenjak
mendirikan rumah tangga, suami saya menyediakan satu ruang dan kabinet
khas bagi menempatkan koleksi-koleksi buku serta novel saya supaya tidak
berselerak..
Sebelum
bercerita lebih panjang, saja saya nak berkongsi, kebanyakan koleksi
buku dan novel-novel yang saya baca adalah berkisah tentang percintaan.
Tak tahulah kenapa... Apabila dengan membaca buku-buku novel percintaan
nie, saya rasa macam seronok sangat. Jadi, 98% daripada novel yang ada
di perpustakaan mini saya memang novel-novel cinta..
Di
ruangan "Perpustakaan Mini Mama" milik saya ni ada terdapat pelbagai
jenis buku. Selain dari novel bahasa melayu, saya juga ada menyimpan
beberapa buku dalam bahasa Inggeris. Gambar untuk koleksi buku-buku
bahasa Inggeris saya adalah seperti yang saya tunjukkan ni...
Seterusnya
dekat bawah ni adalah antara novel-novel terawal yang saya mula kumpul
dulu... Sampai ada yang hilang kulit muka depan dah. Mana taknya, bila
anak-anak dah pandai ambil keluar buku-buku dari rak. Sampai lunyai buku
saya dikerjakan oleh anak-anak.. 😂😂😂😂
Jadi, begitulah sebahagian kecil
daripada jumlah sebenar buku/novel dan majalah yang terdapat di
perpustakaan rumah saya. Kalau nak dikira memang terlalu banyak.
Kalau ditanya apakah perasaan saya terhadap koleksi buku-buku ini, jawapan saya ialah terlalu sayang.
Oklah, harap-harap kau tak boring dengan
entry kali ni. Sebab saya sendiri pun dah rasa pening bila menulis
pasal buku. Maklumlah orang tak suka buku..
Sampai bertemu lagi..
Saturday, July 6, 2019
Berbelanja membeli novel???
Mungkin bagi sesetengah orang, buku mungkin menjadi pilihan terakhir untuk dimiliki bagi sesetengah orang. Ada banyak benda penting yang nak difikir. Belanja
barang dapur, bil-bil, sewa rumah dan kereta banyak lagi komitmen lain...
Memang betul..... Benda tu semua tak dapat nak dinafikan.. Saya sendiri pun banyak komitmen setiap bulan. Sebelum berbelanja membeli buku-buku, saya akan pastikan komitmen bulanan saya selesai terlebih dahulu.
Lebih-lebih kalau korang ada minat dan hobi seperti saya. Mungkin niat nak membaca tu dah ada dan membuak-buak, tapi duit pula tak berapa nak cukup untuk beli buku.
Sebab itulah saya sediakan entri ringkas ini untuk korang. Dekat sini saya akan kongsikan beberapa tempat yang biasa saya kunjungi ataupun website mana yang biasa saya layari untuk dapatkan buku-buku yang diminati saya...
1. Kedai buku POPULAR- Ok. Ini adalah syurga buku-buku untuk saya. Kalau ada masa terluang, memang saya akan datang berkunjung ke kedai ini untuk mendapatkan buku-buku yang diminati. Saya merupakan ahli kepada kedai Popular ni. Jadi, setiap kali membeli buku-buku, saya akan mendapat harga istimewa ahli dengan potongan tertentu bagi setiap jenis buku yang dibeli. Sekurang-kurangnya, dengan adanya potongan harga, jumlah perbelanjaan membeli adalah kurang sedikit.
2. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) - Ini merupakan pesta buku terbesar di Malaysia. PBAKL ni memang syurga bagi peminat-peminat buku seperti saya. Korang boleh membeli-belah buku-buku dalam satu bangunan yang besar aje. Tak payah pergi banyak tempat. Bukan saja ada penerbit tempatan, tapi beberapa penerbit antarabangsa seperti McGraw-Hill dan HarperCollins Publishers pun ada juga. Masa inilah korang nak borong buku banyak-banyak sebab hampir semua penerbit akan buat jualan murah-murah sehingga 80%. Buku-buku yang dijual pula merangkumi fiksyen seperti novel dan buku cerita kanak-kanak, non-fiksyen, buku ilmiah dan buku teks. Biasanya, kalau masa sesuai, saya dan rakan sepejabat yang memang peminat dan pengumpul novel akan mengatur masa untuk ke pesta buku ini jika berpeluang. Kalau tak salah tahun 2017 dan 2018 kami ada pergi ke pesta ini hanya untuk merasakan kemeriahan pesta buku di Kuala Lumpur ini. Apa yang boleh saya katakan dekat sini, apabila korang datang jer dekat pesta buku ie, baru korang akan tau betapa nikmatnya membaca...
3. Group Buku di Laman Facebook - Ini sebenarnya grou buku di Facebook. Mereka di dalam group ni akan berjual beli buku-buku sesama mereka. Ada buku terpakai dan ada buku baharu. Apa yang menariknya, dekat sinilah korang boleh dapatkan buku-buku langka terbitan tempatan (rare, susah nak jumpa) yang dah tak terbit lagi. Ada yang jual dengan harga yang sangat murah serendah RM1 dan ada juga dengan harga yang korang sendiri tak jangka mahalnya. Saya pernah membida sebuah buku ni, dari harga RM5. Bidaan buku ni dibuka selama 24 jam. Pembida bertuah adalah saya dan saya perlu membayar sebanyak RM125 untuk buku ini. Sebab apa saya sanggup membayar semahal itu untuk buku tersebut. Penulis buku tersebut memang dah maklumkan, tiada cetakan ulangan untuk buku tersebut memandangkan buku tersebut adalah "Limited Edition". Tak kisahlah.. Yang penting saya dapat buku daripada penulis kegemaran saya dan jalan cerita buku tu memang padan dengan harga yang saya bayar... Jadi, kalau korang berminat dengan buku-buku lama dengan harga yang berpatutan, bolehlah join mana-mama group buku yang ada di Facebook.
Oklah.. Itulah serba sedikit perkongsian dari saya.. Jumpa lagi di entri yang lain....

Tentang Drama Kan Ku Kejar Cintamu
Bertemu lagi... Entri kali ni saya nak kongsi tentang drama bersiri adaptasi dari sebuah novel. Drama yang saya maksudkan adalah "Kan Kukejar Cinta Kamu" yang merupakan drama bersiri tahun 2018 adaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari arahab Yusry Abdul Halim. Drama yang mempunyai 28 episod tersebut ditayangkan di Astro Ria melalui Slot MegaDrama bermula pada 17 Disember 2018.
Antara pelakon dalam drama tersebut adalah Amyra Rosli sebagai Alma Hakim, Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan, Delimawati sebagai Nek Bonda, Hafidz Roshdi sebagai Huzail, Elya, Miera sebagai Dilaila, Syamim Farid sebagai Kalsom, Doria Rachel Jolly sebagai Adelea, Natasya,, Mahyan sebagai Marlisa, Mia Nasir sebagai Qistina, Safwan Nazri sebagai Faris, Shah Hazvee sebagai Raid, Hafizuddin Fadzil sebagai Datuk Seri Hakim, Zarynn Min sebagai Datin Seri Dhiya, Mahmud Alibashah sebagai Muzzamil, Rosnah Johari sebagai Nazurah dan RJ sebagai Zack.
SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMUAlma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.
Watak utama yang dibintangi Amyra Rosli dan Fendy Bakry untuk drama adaptasi daripada novel ni membuatkan saya rasa teruja untuk menonton drama ni dari awal sehingga ke episod akhir. Sebagaimana reaksi dan perasaan saya ketika membaca novel, keadaan yang sama juga saya alami ketika layan drama bersiri ini. Disebabkan saya sudah mengetahui terlebih dahulu jalan cerita ini melalui bacaan saya pada novel ini, jadi setiap jalan cerita dalam drama tersebut saya faham dan mampu untuk saya fahami. Jujur saya katakan, novel ini sangat menarik sama seperti menariknya jalan cerita drama tv tu... Saya sangat suka novel ni. Hero dan heroin nya bukan la 100% perfect seperti dalam novel - novel lain. Masing-masing ada kelebihan keburukan. Novel ni sangat sesuai untuk yang baru kahwin....
Okey... Sampai disini saja.. Bersua lagi dientri saya yang lain....
Thursday, July 4, 2019
Antara Penulis Kegemaran
Penulis Yang Di minati?.
Siapa
pun bila di tanya tentang penulis novel yang di minati,mereka ada minat
tersendiri. Mungkin ada yang minat orangnya,minat cara penulisannya dan pelbagai
jenis minat yang ada pada diri setiap peminat kepada penulis novel yang di
minatinya.
Dalam banyak-banyak penulis novel di Malaysia, saya ada beberapa orang penulis yang memang saya tak akan pernah ketinggalan untuk dapatkan novel-novel karya mereka.
Antara penulis kegemaran saya dan yang sentiasa mendapat tempat dalam hati saya adalah:-
a) Acik Lana.
- Hampir kesemua novel penulis ini saya kumpul. Dalam banyak-banyak novel karya penulis ni, ada tiga novel dia yang saya sangat minat dan sanggup baca sampai berulang kali. Novel-novel tersebut adalah "Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC)", "Aku Buka Mistress" dan "Maaf Jika Aku Tak Sempurna". Tapi sejujurnya, semua novel karya penulis ni memang sangat menarik.
b) Siti Rosmizah
- Penulis ni menghasilkan karya yang mampu membuat saya sampai bengkak mata menangis membaca novel dia. Kesemua novel karya penulis ni tak ada yang tak membuat pembaca dia termasuklah saya sendiri menangis teresak-esak. Setiap novel karya penulis ni, jalan cerita dia sangat menarik dan bukan hanya berkisar tentang cinta. Tak payah baca buku lain dulu kalau nak kenal penulis nie. Baca jer novel "Curi-curi Cinta" atau "Takdir Itu Milikku"..
c) Ramlee Awang Mursyid
- Penulis ini digelar penulis Thriller No. 1 di Malaysia. Tak semua novel penulis ni saya ada simpan sebagai koleksi. Antara novel karya penulis ni yang berjaya menarik perhatian saya adalah "Tombirou Terakhir", "Cinta Sang Ratu", "Igauan Maut", "Hijab Sang Pecinta" dan "Aku Bercerita". Nie adalah antara koleksi novel penulis ini saya seringkali di ulang baca oleh saya.
d) Ameera Ameer
- Kebanyakan novel-novel karya penulis ni jenis santai-santai. Setakat hari nie, saya dah dapat 8 novel karya daripada penulis nie...
Sebenarnya, banyak lagi penulis-penulis lain yang berjaya menjadi penulisan kegemaran saya. Nanti-nantilah saya kongsi-kongsikan.
Sampai bertemu lagi... 😉😉😉
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Nama : NUR HAZIATUL AZFA ABDULLAH No. Matrik : 266226 Nama Asal : LAURA JAMES IMUS Nama Panggilan : LAURA Asal : DALAT, S...
-
Saja nak share sikit pasal astu bukur karya penulis ACIK LANA nie. Nama novel tu orang kebanyakan panggil PYPAC a...
-
“Awak suka baca novel? Mesti awak ni sensitif orangnya kan?” “Seta...